1 OGOS: Kes harian COVID-19 kekal di paras 17,000 dua hari berturut-turut dengan 17,150 kes semalam menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,130,422 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).