nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti Politik, Hentikan Bercakaran – 13 Gabungan NGO

2 OGOS: Semua parti politik tidak kira daripada kerajaan, pembangkang mahupun bebas agar berhenti bercakaran sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memulihkan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Perkara itu ditegaskan oleh gabungan 13 badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Amal Sejagat Malaysia, Himpunan Anak Kedah SeMalaysia (HaKEM).

Selain itu, Gabungan Demi Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia), PAKAR Malaysia, Pertubuhan Sinar Rahmah dan MyVoice Malaysia.

Koordinator gabungan tersebut, Ahmad Yazid Othman memaklumkan sikap parti dan pemimpinnya yang sering bercakaran sesama sendiri hanya akan mengganggu proses pemulihan pandemik dan ekonomi negara.

“Selagi mereka terus bercakaran dan melemparkan cemuhan serta kata nista antara satu sama lain, selagi itulah permasalahan COVID-19 tidak akan selesai.

“Rakyat juga kini rata-rata hilang kepercayaan terhadap institusi Parlimen dan kuasa eksekutif Jemaah Menteri. Ini perlu dipulihkan segera supaya rakyat melihat kesungguhan dan kerjasama dalam membendung pandemik ini secara kolektif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan, gabungan tersebut menzahirkan kebimbangan terhadap krisis politik dan kepimpinan, di mana akan terus berpanjangan selagi penyelesaian segera dan tegas tidak dilaksanakan antara satu sama lain. 

Beliau berkata, gabungan itu juga berdukacita terhadap perkembangan politik negara yang bukan sahaja membabitkan parti politik tetapi juga Istana Negara.

“Kami bimbang kedudukan ekonomi negara akan semakin merudum, rakyat akan terus kelaparan apabila semakin ramai hilang pendapatan dan kematian akan meningkat.

“Selagi belum ada penyelesaian yang tuntas, kemelut ekonomi negara tidak akan dapat keutamaan, sektor perniagaan akan hancur musnah dan rakyatlah yang akan menderita, hilang mata pencarian dan orang tersayang,” katanya.

Tambahnya, dalam keadaan ekonomi dan pandemik COVID-19 yang semakin menular, ini bukanlah satu perkara yang diperlukan rakyat sekarang.

“Kenyataan media Istana Negara terhadap tindakan kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri memberikan perspektif hubungan kurang harmoni antara kerajaan dan istana,” katanya.

Sementara itu, Ahmad memaklumkan gbungan NGO terbabit turut mendesak kerajaan mengusulkan beberapa cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong termasuk menyambung tempoh darurat ke satu tarikh dianggap munasabah. 

“Cadangan ini dilaksanakan yang bertujuan bagi menstabilkan suhu politik di negara ini di samping mengawal penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan khusunya rakyat jelata,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.