nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10 Negeri Catat Penurunan Kes COVID-19

2 OGOS: Kes jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan penurunan mendadak di paras 15,000 apabila merekodkan 15,764 kes setakat tengah hari tadi berbanding semalam iaitu 17,150 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan jumlah itu menjadikan kumulatif keseluruhan kes direkodkan sebanyak 1,146,186 kes.

Menurut beliau, Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 6,067 kes hari ini yang merekodkan penurunan kes berbanding semalam iaitu 6,326 kes.

“Sembilan negeri menunjukkan penurunan iaitu Kuala Lumpur (1,536), Kedah (1,108), Pulau Pinang (667), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), dan Perlis (9). 

NOOR HISHAM

“Manakala hanya lima negeri mencatatkan peningkatan iaitu Johor (1,222), Sabah (1,116), Negeri Sembilan (862), Perak (748), Kelantan (552), dan Labuan (7),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan hampir 30 peratus penduduk negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksinasi, setakat semalam.

Menurut JKJAV menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, ia membabitkan 6,952,814 dos vaksin, daripada 21,200,473 dos keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara.

“Pemberian dos pertama setakat semalam adalah sebanyak 14,247,659 dos, yang mewakili 60.9 peratus penduduk dewasa.

“Data berkenaan mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual, termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara,” katanya. 

JKVAV dalam perangkaan itu turut menunjukkan tiga negeri mencatatkan kadar pemberian dos vaksin terendah, didahului oleh Sabah yang mencatatkan 31.7 peratus penduduk dewasa menerima dos pertama, manakala cuma 14.6 peratus melengkapkan dos kedua.

“Ia diikuti Johor yang merekodkan 42.3 peratus dos pertama dan 16.9 peratus dos kedua, sementara Kedah mencatatkan 38.7 peratus bagi dos pertama dan 19.9 peratus dos kedua.

“Labuan pula kekal berada di tangga teratas negeri yang mencatatkan pemberian dos tertinggi iaitu 85.1 peratus populasi penduduk dewasa melengkapkan kedua-dua dos, diikuti Sarawak dengan 65.7 peratus, Perlis (42.7 peratus) dan Lembah Klang (37.5 peratus),” katanya. 

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) , Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan optimis dapat mencapai sasaran 50 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang 31 Ogos ini.

Sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi ketika ini selain 29 peratus daripada penduduk dewasa sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.