nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis akan panggil Ahli Parlimen, individu hadiri himpunan haram

2 OGOS: Semua Ahli Parlimen dan individu menghadiri perhimpunan haram berhampiran Dataran Merdeka, pagi tadi, akan dipanggil memberi keterangan kepada polis, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata semua mereka akan dirakam percakapan sebelum polis melengkapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Azmi juga mengesahkan sehingga kini polis sudah menerima dua laporan di sekitar Kuala Lumpur, berhubung perhimpunan berkenaan.

“Pada mulanya kita sendiri mendapat maklumat mengenai perancangan beberapa individu yang ingin menganjurkan perhimpunan di bangunan Parlimen, sebelum polis mendapat maklum balas daripada Parlimen bahawa tiada sebarang perhimpunan akan diadakan.

“Susulan itu Polis Kuala Lumpur kemudian membuat persediaan menutup sebahagian jalan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur terutama menuju ke bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media, petang ini.

Seramai 500 pegawai dan anggota polis terbabit dalam penugasan mengawal pergerakan individu terbabit yang merancang berhimpun di laluan ke bangunan Parlimen sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“Susulan itu kita sedang menyiasat semua individu yang terbabit dengan memanggil mereka bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan); Seksyen 12 A, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 2021 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 peraturan sama iaitu (Kawalan Berhimpun).

Seramai 107 MP pembangkang termasuk Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dikatakan berhimpun di Dataran Merdeka pagi tadi selepas gagal masuk Parlimen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.