nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Patuhi SOP sehingga vaksin COVID-19 ditemui

27 JUN: Rakyat digesa terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengekalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial selagi vaksin COVID-19 belum ditemui.

Permintaan itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan SOP demi keselamatan rakyat.

Beliau berkata, pematuhan itu penting bagi mengelakkan penularan semula wabak berkenaan yang kini mencatat penurunan ketara.

Menurut beliau, pada masa ini ada usaha dilakukan mencari vaksin oleh beberapa negara maju dunia, namun ia masih belum ditemui.

“Saya jangkakan selagi wabak Covid-19 belum selesai dan vaksin belum temui, kita kena patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM), supaya kita tidak dijangkiti.

“Pematuhan kepada SOP pula perlu diamal dan dilakukan sepanjang masa sehingga KKM memaklumkan sebaliknya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Muar, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir memberitahu, beliau amat berbangga dengan rakyat Malaysia yang amat berdisplin dan mematuhi SOP ketat ditetapkan kerajaan.

Muhyiddin berkata walaupun ada segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi sepenuhnya SOP, namun jumlahnya sangat kecil.

“Apa yang berlaku kepada negara kita ketika peraturan sekatan perjalanan dikuatkuasakan dan diperkenalkan tidak pernah berlaku sejak merdeka.

“Saya masih ingat lagi, saya baharu sahaja mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac dan pada 18 Mac keputusan bersejarah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Alhamdulilah, dunia iktiraf apa yang kerajaan lakukan dalam mengawal Covid-19 sehingga Malaysia diiktiraf sebagai lima negara terbaik di dunia dalam melakukan langkah kawalan pandemik itu.

Muhyiddin menambah, sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada petugas kesihatan negara berehat sementara selepas bertungkus-lumus ketika pandemik Covid-19 memuncak sebelum ini

“Pemimpin masyarakat perlu mengambil alih peranan petugas kesihatan kita dengan sentiasa mengingatkan masyarakat supaya mematuhi SOP sepanjang masa bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.