nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia lepasi angka 20,000 kes harian COVID-19

5 OGOS: Malaysia buat pertama kali melepasi angka 20,000 kes harian positif COVID-19 dengan 20,596 kes dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 1,203,706 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor  menjadi negeri menyumbang kes jangkitan tertinggi dengan 8,549 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062), Pulau Pinang (1,022), Negeri Sembilan (989) dan Perak (916).

NOOR HISHAM

Beliau berkata Sarawak pula mencatatkan 759 kes, diikuti oleh Kelantan (772), Melaka (622), Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (4).

“Buat masa ini, bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Lembah Klang semakin meningkat selaras dengan peningkatan kes di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Terdapat 6,427 pesakit berada dalam hospital, 2,685 berada dalam PKRC dan 659 berada dalam ICU di Selangor, KL dan Putrajaya. Bilangan kemasukan pesakit baharu ke hospital di Lembah Klang meningkat sebanyak lebih 33 peratus berbanding tempoh dua minggu lepas. Lebih 1,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Dashboard CPRC Hospital System juga menunjukkan bilangan pesakit yang menunggu bagi mendapatkan rawatan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah tinggi.

Beliau berkata beberapa langkah telah dilakukan di bawah seliaan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley termasuk mewujudkan katil tambahan termasuk hospital medan di luar kawasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta mewujudkan katil-katil tambahan di hospital seperti Hospital Selayang dan Hospital Serdang.

“PKRC MAEPS juga dipertingkatkan kapasitinya bagi memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan oksigen. Hospital yang telah berfungsi sebagai hospital COVID-19 sepenuhnya adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.

“Kapasiti katil hospital tambahan yang telah dapat dipertingkatkan untuk tempoh dua minggu lepas adalah 2,884 di sekitar Selangor, KL dan Putrajaya dan jumlah ini akan meningkat melalui langkah yang sedang dilaksanakan.

“Kadar vaksinasi di Lembah Klang akan terus dipercepatkan bagi mengurangkan pesakit yang dijangkiti dengan gejala yang serius.

“Pemantauan kemasukan pesakit dan kapasiti hospital dilakukan melalui CPRC Hospital System, www.cprchospital.moh.gov.my dan data yang berkaitan dikongsi melalui GitHub MOH https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.