7 OGOS: Setelah dua hari berturut-turut di atas angka 20,000, hari ini bilangan kes harian COVID-19 turun ke 19,257.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya memaklumkan, jumlah keseluruhan kes COVID-19 kini ialah sebanyak 1,243,852 kes.
Selangor terus kekal di tingkat atas dengan 7,084 kes.
Ia disusuli Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Sabah (1,255), Johor (1,182), Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (2).