nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS, UMNO dan BERSATU perlu ambil semangat peristiwa hijrah

9 OGOS: Tiga parti teras orang Melayu-Islam/Bumiputera iaitu PAS, UMNO dan BERSATU perlu disatukan dengan mengambil semangat dan acuan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penyatuan tiga parti itu penting bagi memimpin perubahan dengan Muafakat Nasional (MN), disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, penubuhan PN ini boleh membawa prinsip yang anjal bagi melakukan perubahan yang positif kepada negara.

ABDUL HADI

“Pada masa yang sama, tidak menghapuskan rupa bangsa dan budaya masing-masing yang berkonsepkan tiada paksaan beragama dan adil kepada semua.

“Maka, hendaklah disingkirkan langkah negatif yang diambil oleh kalangan penganut Islam yang lemah serta tidak yakin kepada agama sendiri dan rupa bangsa yang menjadi ketetapan Allah SWT.

“Kemudian diikuti dengan kumpulan bukan Islam yang ekstrem sehingga boleh merosakkan kaum mereka sendiri, bukan sahaja hubungan antara kaum dan agama,” katanya dalam ruangan Minda Presiden PAS dikongsi di laman Facebooknya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata  pendekatan berdasarkan acuan hijrah Nabi Muhammad SAW perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk.

Abdul Hadi berkata semua pihak harus sedar bahawa strategi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah barat telah menimbulkan pelbagai masalah politik, ekonomi dan sosial kepada masyarakat majmuk di Malaysia suatu ketika dulu.

“Suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh dinafikan, dahulu dipaksa oleh penjajah untuk mengikut strategi menggunakan rakyat tanah jajahan daripada pelbagai agama dan bangsa supaya menjadi masalah bagi kepentingan politik dan ekonomi mereka.

“Khususnya agenda pecah dan perintah (divide and rule), di mana kesannya berpanjangan sehingga kini. Sehinggalah negara kita tetap bermasalah, walaupun dikatakan sudah mengecapi kemerdekaan dan penjajah asing itu sudah pulang ke tanah air mereka,” katanya.

Beliau berkata semua pihak juga perlu menghargai perjungan pemimpin pelbagai kaum yang telah sama-sama menentang penjajah, walaupun berbeza agama dan bangsa serta berpecah dari sudut kefahaman dan anutan mereka.

“Asas yang kukuh diletakkan dalam Perlembagaan negara ketika mencapai kemerdekaan, apabila ditegaskan Islam sebagai agama bagi persekutuan, serta mengiktiraf hak beragama bagi penganut agama lain dan konsep demokrasi.

“Manakala konsep Raja Berperlembagaan menjadi tonggak yang boleh dilakukan tindakan susulan bagi memperkenalkan acuan perpaduan dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.