Arab Saudi benarkan wanita jadi Pengawal Diraja
28 JUN: Golongan wanita di Arab Saudi terus dimartabatkan apabila mereka diberi kepercayaan menjadi Pengawal Diraja di negara tersebut.
Memetik laporan Agensi, perkara yang merupakan antara proses transformasi di negara berkenaan dapat dilihat melalui gambar yang dikongsi oleh Putera Sattam Khaled al-Saud melalui Twitter.
Keterangan pada gambar tersebut menyatakan, salah satu tugas Pengawal Diraja adalah untuk melindungi keselamatan kepada raja dan tetamu baginda ketika majlis rasmi dan persidangan.
Difahamkan, Pengawal Diraja wanita ditugaskan untuk mengiringi tetamu atau delegasi wanita dan berurusan dengan mereka untuk perkara penting.
Transformasi itu merupakan sebahagian daripada Visi 2030 yang diumumkan kerajaan di bawah kepimpinan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman pada Oktober 2019 yang membolehkan wanita menyertai pasukan tentera.
Inisiatif tersebut membolehkan wanita dinaikkan pangkat sehingga peringkat pegawai kanan.
Pada ini, wanita juga mula diberikan peluang memegang jawatan barisan hadapan keselamatan awam termasuk di Direktorat Umum Narkotik Arab Saudi.