nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan Kerana Agenda Peribadi, Muafakat Parti Politik Melayu Musnah

10 OGOS : Perselisihan faham dan konflik politik merupakan perkara lumrah dalam parti politik namun janganlah perselisihan itu tercetus kerana kepentingan politik peribadi pihak tertentu sehingga merugikan permuafakatan parti politik Melayu yang telah dibina bersama. 

Justeru, Penganalisis Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi menyeru agar pemimpin politik mencari jalan terbaik kembali kepada perbincangan sihat dalam menangani permasalahan semasa khususnya krisis akibat pandemik COVID-19. 

“Kalau kepentingan-kepentingan tertentu itu diletak di hadapan, maka untuk mencapai permuafakatan akan menjadi satu masalah.Seharusnya semua parti politik yang pemimpinnya orang yang hebat, orang yang ada pendirian dan ilmu sepatutnya diselesaikan dengan cara yang bijaksana. 

“Seharusnya pemimpin politik perlu duduk bersama buat satu keputusan yang terbaik dan bukan merugikan rakyat mahupun parti kerana tindakan cuba menjatuhkan kerajaan adalah tindakan yang tidak professional dan tidak matang. 

“Yang tak jadi professional ini sebab adanya kepentingan-kepentingan tertentu untuk dicapai yang akhirnya parti itu menjadi masalah dan menyebabkan rakyat gagal untuk menyokong bukan sebab parti namun individu yang membuat masalah di dalam parti itu,” katanya kepada PNBBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Dr Hussain Yusri Zawawi

Terdahulu, UMNO membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Keputusan itu menyebabkan dua Menteri UMNO meletakkan jawatan iaitu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. 

Dalam pada itu, Hussain juga merupakan Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa, UniSZA memaklumkan jika konflik tersebut tidak diselesaikan, maka akan berlakunya perpecahan di kalangan parti-parti melayu dan penyokongnya. 

Beliau berpandangan, sokongan parti-parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kuat namun hanya ada  segelintir pemimpin UMNO sahaja yang dilihat seperti mempunyai kepentingan politik peribadi berbanding kepartian. 

“Sekarang ini pun kita lihat sudah berlaku perpecahan di mana dua menteri UMNO telah meletakan jawatan yang memberi satu benda tidak sihat dalam politik tanah air seolah-olah ahli politik tidaj ada displin, tiada pendirian sebagai ahli politik menyebabkan rakyat kecewa dan marah disebabkan apakah kesudahan (politik) negara hari ini. 

“Perpecahan ini merupakan sejarah yang dah lama berlaku, kalau kita lihat Pakatan Rakyat menyebabkan perpecahan PAS, DAP dan PKR yang berpecah kerana agenda tidak muafakat. PAS dan UMNO juga tahun 1971 ada masalah kerana benda-benda macam inilah yang tidak boleh diselesaikan dengan cara perbincangan bersama, “katanya. – OLEH AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.