13 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.
Katanya, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan tersebut.
“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat
diluluskan,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya hari ini.