nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tujuh cadangan rentas parti cerminkan keterbukaan PM

14 OGOS: Wanita Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan keterbukaan kerajaan PN terhadap peranan yang boleh dimainkan pembangkang dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, Wanita PN juga mengajak semua parti politik di negara ini untuk menyokong semua cadangan berkenaan dan melaksanakan gencatan politik sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 diisytiharkan.

“Semua mereka yakin cadangan itu akan disokong semua pihak yang mahukan kestabilan politik bagi menjayakan usaha memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda.

“Cadangan ini menonjolkan ketulusan dan kepemimpinan tinggi Tan Sri Muhyiddin yang jelas meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi politik partisan yang sempit,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Wanita PN yang juga Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Nuridah Mohd Salleh; Ketua EXCO Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Evelyn Gobile; Ketua Wanita Parti Progresif Sabah (SAPP) Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Gerakan Janice Wong Oi Foon.

Semalam, Muhyiddin dalam Ucapan Khas Perdana Menteri Bersama Memulihkan Negara berkata, kerajaan mengemukakan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Dalam pada itu, Wanita PN juga yang mengalu-alukan semua cadangan terbabit turut menyifatkan pihak yang berusaha untuk menggugat kestabilan kerajaan sebagai tidak bertanggungjawab dan anti-nasional.

Mereka berkata, elemen dalam cadangan itu bukan hanya terhad kepada pengurusan kesihatan dan ekonomi berkaitan COVID-19 semata-mata, sebaliknya bersifat jangka panjang meliputi reformasi politik dan perlembagaan khususnya melalui cadangan untuk mengehadkan tempoh perdana menteri kepada dua penggal dan Undi 18 secara automatik.

“Kami juga amat menghargai cadangan untuk menambah siling dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion lagi menjadikan (keseluruhan) RM110 bilion. Tindakan ini akan (dapat) memperkasakan usaha dalam memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat yang sangat terkesan oleh pandemik dibela,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.