15 OGOS: Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini ialah 20,546, sekali gus negara merekodkan penurunan dua hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 1,404, 899 kes.
Menurut beliau, walaupun Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 7,307 kes hari ini yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam iaitu 6,606 kes.
“Namun begitu, sembilan negeri turut merekodkan penurunan kes iaitu Kedah (1,596), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Kelantan (1,025), Terengganu (534), Negeri Sembilan (698), Putrajaya (47) dan Perlis (21),
“Manakala negeri yang merekodkan peningkatan selain Selangor ialah Sabah (1,665), Johor (1,508), Perak (1,069), Pahang (926), Melaka (631), dan Sarawak (963).
“Labuan yang merekodkan sifar kes semalam turut merekodkan peningkatan sebanyak tiga kes baharu dicatatkan setakat tengah hari tadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.