nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usaha Kerajaan Hadapi COVID-19 Hampir Capai Kejayaan – PM

15 OGOS: Data terkini yang menunjukkan penurunan kes di beberapa negeri serta lonjakan vaksinasi diyakini memberi petanda bahawa segala usaha kerajaan dalam memerangi COVID-19, semakin menghampiri kejayaan. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian ini tidak mungkin dicapai tanpa perancangan rapi dan pelaksanaan strategi yang kukuh oleh Kerajaan, serta kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada rakyat. 

Menurut beliau, strategi kerajaan adalah jelas, iaitu apabila lebih ramai yang lengkap divaksin, maka lebih ramai penduduk Malaysia dilindungi daripada jangkitan yang teruk, sekali gus mengurangkan beban sistem kesihatan awam. 

“Rakyat Malaysia, anda semua adalah insan yang hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.

MUHYIDDIN

“Insya-Allah, data-data yang dikongsikan menunjukkan perkembangan yang baik. Segala usaha Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin hampir dengan kejayaan dan insya-Allah kita pasti akan berjaya keluar dari cengkaman pandemik ini dengan teratur dan selamat melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Apa yang lebih penting, jangan sesekali kita berputus asa dengan cabaran ini dan lupa bahawa COVID-19 adalah musuh utama kita semua. Semoga Allah SWTsentiasa memberkati perjuangan dan usaha kita bersama, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi Perdana Menteri, hari ini. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan sejak 26 Julai yang lalu, Kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi mempercepatkan proses vaksinasi terutamanya ke atas populasi di Kuala Lumpur dan Selangor. 

Beliau berkata, hasil operasi tersebut telah meningkatkan kadar pemberian vaksin lengkap di Lembah Klang yang telah mencapai 64.7 peratus manakala kadar pemberian vaksin untuk dos pertama sahaja telah mencecah 104.2 peratus.

“Rentetan daripada pencapaian itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada 13 Ogos 2021 menyatakan bahawa KKM kini telah menyaksikan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi semua kumpulan umur mula menunjukkan penurunan.

“Kita juga sudah mula melihat perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).

“Data yang dikumpul oleh KKM menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus,” katanya. 

Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital turut menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. 

“Contohnya, purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun.

“Pada 31 Julai lalu, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang. Alhamdulillah, hasil perancangan rapi Kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi, purata sehari pesakit yang menunggu telah menurun kepada 239 orang pada Jumaat lalu. 

“Saya amat berharap agar trend penurunan ini akan berterusan dan dapat mengurangkan beban kes COVID-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.