16 OGOS : Beberapa kenderaan menteri-menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) mula tiba di perkarangan Perdana Putra, di Putrajaya kira-kira jam 9.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
Antara yang kelihatan hadir adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ia turut dihadiri oleh Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Difahamkan selepas tamatnya mesyuarat tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 12 tengahari bagi menyerahkan surat perletakan jawatan.