nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri calon tunggal BN sebagai perdana menteri

17 OGOS: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjadi calon tunggal mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Ahmad dalam ciapannya menerusi akaun Twitternya berkata pencalonan Ahli Parlimen Bera berkenaan sebagai calon tunggal Perdana Menteri baharu turut mendapat restu Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau berkata pencalonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mendapat sokongan Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta Ahli Parlimen BN lain.

“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak
 & Ahli2 MKT UMNO.

“Dihantar hanya satu nama sebagai calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60  MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya dalam satu hantaran di akaun Twitternya sebentar tadi.

Perkara itu turut disokong dua Ahli Parlimen BN yang mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang esok.

Tajuddin berkata, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

“UMNO dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.