nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Chini: 18 anggota polis undi awal

29 JUN: Seramai 18 orang anggota polis akan membuang undi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua pengundi awal itu akan membuang undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini.

Menurut beliau, pusat pengundian juga akan mula dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan sosial, amalan pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi dan sarung tangan serta saringan suhu badan akan dilaksanakan.

“Video tatacara mengundi dalam kebiasaan baharu boleh ditonton melalui Facebook SPR ataupun Akademi Pilihan Raya,” katanya seperti dipetik dari laporan MalaysiaGazette, hari ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang telah dilantik oleh SPR.

Menurut beliau, SPR juga akan menyiarkan proses pengundian ini secara penstriman langsung menerusi Facebook SPR.

“Kertas undi berkenaan akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada Hari Pengundian pada 4 Julai 2020 di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai,” jelasnya.

PRK DUN Chini yang dijadual berlangsung pada 4 Julai ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, dengan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.