nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenapa salahkan GPS, PH sendiri tidak calonkan Shafie

20 OGOS: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Rakyat, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini, mendedahkan ‘tembelang’ Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kononnya GPS menolak pencalonannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Hakikat sebenarnya, kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, ialah Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mencalonkan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri mewakili blok pembangkang.

Berikutan itu Fadillah  juga bekas Menteri Kerja Raya melahirkan rasa menghairankan apabila tiba-tiba GPS dipersalahkan oleh Mohd Shafie apabila gagal dalam usahanya menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili blok pembangkang.

Fadillah berkata, beliau juga terkejut apabila Shafie dikatakan kecewa kerana gagal menarik sokongan Ahli Parlimen GPS untuk menamakannya sebagai calon.

“Macam mana kita (GPS) hendak menyokongnya, sedangkan PH pun tidak mencalonkan namanya untuk jawatan itu? Kita kena terima itu realitinya (PH tidak mencalonkan Shafie”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen GPS menghadap Agong secara maya semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ssbagai calon PM baharu.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata GPS menyokong hanya satu nama untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kesembilan kerana sudah menetapkan pendirian untuk membantu membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan tidak mahu krisis politik berterusan.

“Sekarang kita sedang berdepan krisis ekonomi dan krisis kesihatan yang semakin membimbangkan. Kita (GPS) tidak mahu masalah yang berat itu ditambah lagi dengan krisis politik berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kestabilan politik amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat ketika ini.

“GPS juga mahu kesinambungan program pemulihan ekonomi yang dirancang sebelum ini seperti Pelan Pemulihan Negara (PPN) diteruskan dengan lancar.

“Kesinambungan itu juga harus diteruskan dalam usaha untuk memastikan kesihatan rakyat menjadi keutamaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Justeru katanya, GPS yang mempunyai 18 Ahli Parlimen sepakat menyokong satu nama kerana mahu Kerajaan Persekutuan dibentuk secepat mungkin.

“GPS sudah memberikan nama (calon Perdana Menteri), namun akur dengan apa juga keputusan Yang di-Pertuan Agong kerana kita hanya memikirkan untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“GPS yakin kerajaan yang stabil mampu menyelesaikan masalah pandemik dan mengatasi krisis ekonomi serta memberi keutamaan untuk memastikan rakyat hidup selesa mencari rezeki,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.