nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasatan Awam Bebas Banjir Gunung Jerai Perlu Ditubuhkan

20 OGOS: Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) menggesa kerajaan Kedah menubuhkan siasatan awam bebas bagi mengenal pasti punca sebenar banjir besar di Yan, Kedah, pada Rabu lalu.

Menerusi kenyataan bersama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut meminta kerajaan negeri mengenal pasti kelemahan serta mencari langkah segera pemulihan dan pencegahan.

Menurut beliau, perkara ini turut dicadangkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

“Usaha itu diyakini mampu menamatkan segala spekulasi masyarakat awam sekali gus mencari jawapan berfakta bagi menegakkan keadilan dan kebenaran tanpa secara semberono menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak.

Kejadian banjir di Yan menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan penduduk berhak mengetahui punca sebenar kejadian ini.

“Penduduk di Yan juga berhak mengetahui punca sebenar banjir luar biasa ini kerana ia telah menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kerosakan ekosistem persekitaran Gunung Jerai,” katanya.

Dalam pada itu, MBM dan MBK menegaskan pihak yang terbukti bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan untuk diadili kerana Gunung Jerai adalah kawasan sensitif yang wajib dilindungi dan terus dipulihara.

Dua pertubuhan itu berkata, segala aktiviti yang memusnahkan kawasan ekosistem sekiranya wujud perlu dihentikan serta-merta, disiasat dan dituntaskan langkah pemulihan supaya kejadian yang sama tidak berulang.

“MBM dan MBNK ingin merakamkan ucapan takziah kepada penduduk Yan yang terkesan seperti kehilangan nyawa, kehilangan individu yang masih tidak dijumpai dan kerosakan harta benda termasuk Pejabat Majlis Belia Daerah Yan yang turut terkesan teruk.

“Ini adalah bencana dalam bencana sementelah Kedah turut berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, dua NGO itu berkata, ketika ini MBM dan MBNK dengan kerjasama beberapa pihak sudah menggerakkan penyelarasan misi bantuan banjir dengan kebenaran pihak berkuasa dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam memastikan keselamatan sukarelawan dalam suasana pandemik.

Tambahnya, pihaknya memandang serius isu berkaitan alam sekitar kerana ia menjadi cabaran terbesar semasa yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

“Jika gagal ditangani secara serius oleh semua pihak khususnya pihak berkuasa maka ianya akan menjadi krisis terbesar jangka panjang selepas COVID-19 dan akan menjejaskan hak generasi muda dan generasi masa hadapan untuk mewarisi alam ini secara baik dan sempurna,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.