nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak Benar MOTAC tetapkan harga lantai Pakej Umrah RM8,000

20 OGOS : Kenyataan pengerusi Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr Fathir Badri yang mendakwa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan harga lantai pakej umrah antara RM8,000 sehingga RM9,000 adalah tidak benar.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan hari ini, dakwaan pengerusi persatuan tersebut  boleh mengelirukan orang ramai.

Kenyataan itu juga menafikan MITAC ada mengeluarkan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah seperti yang dinyatakan.

“Harga indikator yang pernah ditetapkan pada 2016 seperti yang dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah ketika itu adalah pada kadar RM4,900,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kata MOTAC lagi,   pihaknya kini sedang mengkaji faktor kenaikan kos khususnya susulan langkah kawalan pandemik COVID-19 dikenakan kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

“MOTAC menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya membabitkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah.

“Orang ramai juga dinasihati berwaspada dengan tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini dan menyemak kesahihan perkara ini dengan kementerian.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian berikutan pihaknya turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak industri dan orang awam,” katanya.

MOTAC dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawal selia iklan dan pakej umrah

Dalam pada itu, MOTAC menjelaskan kementerian memberi kebenaran kepada semua syarikat pengendali umrah berlesen untuk memulakan aktiviti mempromosi dengan memohon kelulusan iklan pakej umrah atau ziarah di bawah fasa interim.

Katanya, kelonggaran itu diberi sebagai persediaan awal ke arah pembukaan sempadan oleh pihak kerajaan yang disasarkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini selaras dengan ketetapan dan usaha kerajaan dalam menggerakkan semula ekonomi. Ia sekali gus membolehkan penggiat industri menilai serta bersedia dengan bilangan jemaah umrah yang berminat mengerjakan ibadah umrah pada masa terdekat.

“Berikutan dasar semasa kerajaan berkaitan pelaksanaan ibadah umrah, semua perkara berkaitan pakej diiklankan juga perlu disahkan oleh pihak kementerian sebelum iklan dan transaksi perniagaan dijalankan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, ketika MOTAC dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawal selia iklan dan pakej umrah yang akan ditawarkan kepada orang awam di masa akan datang sebagai perkhidmatan yang melindungi kepentingan awam dan mematuhi kehendak Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Katanya, ia bagi memastikan promosi oleh pihak syarikat kepada jemaah tidak berunsurkan penipuan dan memperdaya orang ramai.

“Justeru, kementerian mengalu-alukan pembabitan semua pihak dalam proses konsultasi awam secara dalam talian berkaitan draf Garis Panduan Kelulusan Iklan Pakej Umrah atau Ziarah di platform Unified Public Consultation di www.upc.mpc.gov.my.

“Orang ramai boleh menyemak iklan pakej umrah yang diluluskan oleh MOTAC di laman web rasmi www.motac.gov.my.

“Segala komen, pandangan dan cadangan semua pihak diharap akan menambah baik pelaksanaan perkara ini di masa akan datang,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.