22 OGOS : Kes positif baharu hari ini menurun kepada 19,807 kes berbanding 22,262 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,555,093 kes, di mana kes aktif pula adalah sebanyak 262, 255 kes.
Manakala kes sembuh hari ini mencatat sebanyak 18,200 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh COVID-19 di negara ini sebanyak 1,278,670 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan harian COVID-19, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 16,605 kes melibatkan warganegara manakala 3,197 kes melibatkan bukan warganegara.
“Selangor kekal penyumbang kes tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah sebanyak 2,638 kes dan Kedah sebanyak 1,948 kes,” jelasnya.
Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak1,026 kes, dan daripada jumlah tersebut, 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Jumlah kematian hari ini pula ada sebanyak 232 kes di mana 201 kes melibatkan warganegara dan 31 lagi kes kematian melibatkan bukan warganegara.
“43 kes daripada jumlah keseluruhan kes kematian itu adalah Brought In Dead (BID) yang mana melibatkan 32 warganegara dan 11 bukan warganegara.
“Selangor kekal tertinggi dengan 94 kes, diikuti Johor sebanyak 64 kes , Sabah sebanyak16 kes , 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Kedah, sembilan kes di Kelantan, lapan kes di Pulau Pinang, lima kes di Perak, masing-masing tiga kes di Melaka dan Negeri Sembilan, dua kes di Terengganu, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Pahang,”ujarnya.