nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

24 OGOS: Datuk Seri Azalina Othman Said, sah letak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkuat kuasa mulai semalam.

Ahli Parlimen Pengerang itu meletakkan jawatan kerana beberapa alasan berikutan pelantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.

“Saya meletakkan jawatan saya hari ini (semalam) supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, malam tadi.

Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan Azalina sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Parlimen selepas menyandangnya sejak pada 13 Julai tahun lalu, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), bagi menggantikan Nga Kor Ming yang mengundurkan diri.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, beliau bertuah kerana diberi penghormatan memegang jawatan itu dan mencuba yang terbaik untuk melaksanakan tugas dengan setia dan tidak berpihak, namun sebagai manusia, tidak dapat lari daripada kelemahan serta kekurangan.

Bagi mengurangkan spekulasi orang ramai mengenai peletakan jawatannya dan pelbagai versi tidak benar yang turut mengaitkan dirinya dalam barisan Kabinet, beliau berkata, alasan peletakan jawatan itu antara lain disebabkan kapasiti moral peribadi sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

“Apa yang berlaku sebelum ini menunjukkan keputusan yang bertentangan dalam UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen sebuah kerajaan gabungan.

“Pada masa hadapan, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu digantung daripada sebarang jawatan parti politik bagi memastikan beliau tidak berpihak dalam politik, yang menjadi kunci utama jawatan ini dan boleh menjalankan fungsinya dengan berkesan tanpa takut atau pilih kasih,” katanya.

Azalina berkata, perkembangan dalam tempoh 17 bulan yang lalu menyebabkan beliau merenung kecacatan institusi dalam Parlimen dan had beliau untuk melaksanakan tugas dengan baik tanpa kompromi integriti profesionalnya.

“Kekecewaan dan kesukaran saya diketahui umum dan sebabnya diketahui. Kapasiti rasmi saya dijamin oleh undang-undang dan proses iaitu menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dengan segala cara,” katanya.

Beliau berkata, kurangnya rundingan dan keputusan bersama juga memberi kesan kepada prestasinya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat, Timbalan Yang Dipertua tidak boleh membuat keputusannya sendiri dalam Dewan. Pembuatan keputusan dan tanggungjawab bersama, tidak berpihak, keadilan dan saling menghormati adalah elemen utama yang saya harap dapat dilihat dalam Parlimen Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.