nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bakar semangat atlet Paralimpik Tokyo 2020

24 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengajak rakyat Malaysia supaya mendoakan kejayaan atlet negara yang akan beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ismail Sabri berkata beliau juga berharap dapat melihat lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin pada Sukan Paralimpik Tokyo.

Ahli Parlimen Bera itu juga beliau percaya dengan semangat tinggi serta latihan dijalankan selama ini, tiada sebab mengapa barisan atlet luar biasa ini tidak boleh berjaya pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.

“Harapan negara kepada anda semua. Di Rio 2016 (Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil), kita berjaya raih tiga emas dan satu gangsa, maknanya tiga kali lagu Negaraku dimainkan di Rio.

“Kalau boleh saya nak supaya banyak kali bendera Malaysia dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang di Tokyo,” katanya Majlis Pengukuhan Semangat Atlet Paralimpik Malaysia secara sidang video hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata barisan atlet paralimpik yang berjuang di Tokyo merupakan kebanggaan negara dan berharap nama Malaysia dapat dijulang di Tokyo.

Ismail Sabri juga berkongsi kisah di sebalik pembinaan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di Kuala Lumpur yang merupakan idea yang dicadangkan semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Beliau berkata keluhan atlet paralimpik mengenai kekurangan fasiliti untuk mereka ketika itu sehingga terpaksa berkongsi kemudahan sukan bersama atlet normal diberi perhatian pihaknya untuk mewujudkan pusat berkenaan.

Ismail yang berpeluang melawat kontinjen negara pada Sukan Paralimpik Beijing 2008 di China mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keberkesanan pusat sukan paralimpik di sana untuk mendapat ilham mewujudkan fasiliti serupa di tanah air.

“Saya lawat pusat di Beijing itu…memang bagus, jadi kita cadang buka terus di negara kita,” katanya.

Pusat bernilai RM50 juta itu yang beroperasi sejak 2013 dibina pada 2011 di kawasan seluas kira-kira 1.84 hektar untuk membolehkan atlet paralimpik berlatih serta membuat persediaan rapi bagi menghadapi temasya sukan tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga berharap agar semua atlet menjaga kesihatan diri, kekal berdisiplin serta mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Jepun bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19.

Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan membawa cabaran negara dalam sembilan jenis sukan yang disertai kontinjen Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menerima ucapan tahniah daripada kem paralimpik negara diketuai Ketua Kontinjen ke Sukan Paralimpik Tokyo Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin serta barisan atlet dan jurulatih atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.