nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri cemerlang dalam kerajaan sebelum ini wajar dikekalkan

24 OGOS : Menteri yang memperlihatkan prestasi cemerlang  mengurusi pandemik COVID-19 dan membantu pemulihan ekonomi negara yang berada dalam kerajaan sebelum ini wajar dikekalkan dalam barisan Kabinet baharu yang bakal dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pandangan itu diluahkan penganalisis politik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Norhafiza Mohd Hed  berhubung khidmat cemerlang beberapa Ahli Parlimen yang memegang jawatan Menteri dalam kerajaan lalu.

Antara contoh yang Norhafiza sebutkan ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang berjaya mengemudi Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI), sebelum ini.

“Khairy telah menguruskan program vaksinasi dengan begitu baik sekali sehingga negara kita mencecah jumlah 500,000 individu divaksin setiap hari, menjadi antara salah satu negara terpantas dalam proses vaksinasi.

“Proses vaksinasi pantas itu juga menjadikan ada negeri telah mencapai imuniti berkelompok. Jadi, pada pandangan saya tidak salah sekiranya Perdana Menteri baharu mengekalkan Menteri sebelum ini yang terbukti cemerlang serta mempunyai kepakaran dan pengalaman ketika bertugas dalam kerajaan sebelum ini.

“Jadi, bagi saya tiada masalah atau isu untuk mengekalkan mereka asalkan mereka ini boleh dan terbukti mampu membawa amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya kepada PNBBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Dr Norhafiza Mohd Hed

Dalam pada itu, Norhafiza turut menyentuh tentang isu saiz Kabinet, di mana menurutnya, Perdana Menteri baharu boleh membentuk kabinet yang lebih kecil, memandangkan fokus kerajaan buat masa ini adalah untuk mengurus negara dalam usaha mensifarkan pandemik COVID-19 dan memulihkan negara daripada kesan pandemik itu sendiri.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI berkata, ini bagi mengurangkan kos kerajaan dan Kabinet dibentuk dapat berfungsi dengan baik dan dapat mengurangkan kegelisahan serta kesusahan dihadapi rakyat kini kesan COVID-19.

“Pada pandangan saya, kalau dari sudut jumlah kabinet dan kementerian itu sendiri kalau nak dikecilkan atau dibesarkan bergantung kepada bajet dan keperluan kerajaan.

“Jadi,dalam konteks negara sedang menghadapi pandemik COVID-19, saya kira lebih baik kecilkan sahaja kementerian yang ada supaya kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata pengecilan barisan kabinet juga akan memberi kelebihan kepada barisan menteri membuktikan kepada rakyat mereka mampu melakukan tugasan dan skop kerja yang pelbagai dan lebih banyak. 

“Bila dikecilkan, satu kementerian itu akan ada banyak tugas yang berbeza. Jadi, dari situ boleh nampak kelebihan menteri yang
menguruskannya nanti sama ada dia boleh atau tidak untuk menguruskan pelbagai aspek kerja dan tugasan dengan baik. 

“Kalau lihat dari sudut sejarah, sebelum ini hanya ada beberapa kementerian sahaja namun bidang tugas mereka itu lebih banyak. Jadi, tidak timbul isu nak kecilkan kabinet dan merupakan langkah lebih baik dalam menangani isu ekonomi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.