28 OGOS : Kes positif baharu COVID-19 di negara ini terus kekal di paras melebihi 20,000 di mana hari ini, sebanyak 22,597 kes baharu telah dikesan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 1,685,510.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam hantaran terbaharu di Facebooknya berkata, Selangor masih kekal sebagai penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes.
“Manakala kes kedua tertinggi dicatatkan di Sabah dengan angka 2,834 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,427 kes dan Kedah sebanyak 2,162 kes.
“Lima negeri yang mencatatkan kes melebihi angka 1,000 pula ialah Johor sebanyak 1,896 kes, Pulau Pinang sebanyak 1,920 kes, Kelantan sebanyak 1,289 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 1,111 kes dan Perak sebanyak 1061 kes,” ujarnya.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, negeri yang mencatatkan kes positif terendah di bawah angka 100 ialah Perlis sebanyak 98 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 48 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 5 kes.