31 OGOS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan empat lagi lokaliti di Sabah dan Pahang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 2 hingga 15 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD di Sabah ialah Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), di Ranau.
Manakala, dua kawasan dikenakan di PKPD di Pahang ialah Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di Mukim Bebar, Pekan.
“Keempat-empat lokaliti berkenaan dikenakan PKPD berikutan penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Rodzi berkata MKN juga bersetuju melanjutkan PKPD di Taman Ria Height, Tawau Sabah, sehingga 15 September ini berikutan peningkatan kes di kawasan terbabit.
Beliau berkata MKN juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh dan Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis, Pahang berikutan tiada lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan KKM di kawasan terbabit.
“Turut ditamatkan ialah PKPD di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, dua lokaliti di Penampang melibatkan Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, Sabah
“Dua lokaliti di Sipitang membabitkan Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sabah dan PPPD di Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu, Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran Sabah Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud, Sabah turut ditamatkan mulai esok,” katanya.