nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri,Timbalan Menteri Kabinet mula bertugas hari ini

1 SEPT: Menteri dan Timbalan Menteri yang menganggotai Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluahkan rasa teruja dan bersemangat tugas pada hari pertama di kementerian masing-masing.

Mereka juga turut berkongsi suasana dan kemeriahan hari pertama masuk kerja dengan pengguna media sosial sama ada menerusi Twitter mahu pun Facebook.

Antara mereka yang berbuat demikian adalah, Datuk Seri Hishammuddin Hussin yang memulakan tugasnya sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan memasuki pejabatnya di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

Hishammuddin yang kembali menerajui semula Kementerian Pertahanan berkata beliau menerima tabik hormat dan kawalan kehormatan utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim di Kementerian Pertahanan pagi ini.

Beliau kemudian mengadakan perbincangan ringkas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha kementerian,  Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini.

Hishammuddin menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang diketuai Mejar Abdul Hafizi bin Abdul Halim di Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik semula menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu hari ini.

Menteri Kanan berkenaan hadir ke bangunan MITI pagi ini bersama timbalannya Senator Datuk Lim Ban Hong.

MITI dalam satu hantaran di Facebook, turut berkongsi beberapa gambar Mohamed Azmin yang kembali memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Turut memulakan tugas hari ini selepas dilantik semula sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya berkata beliau berjanji seluruh upaya dan masa akan dicurahkannya agar kebajikan wanita, keluarga serta masyarakat sentiasa terbela.

“Banyak saya fikirkan sepanjang perjalanan ke sini, antaranya gerak kerja KPWKM dalam menyempurnakan misi menyantuni golongan sasar.

Datuk Seri Rina Harun kembali memulakan tugas sebagai Menteri di KPWKM.

“Saya sedar, ini bukan tanggungjawab mudah. Namun saya berjanji seluruh upaya dan masa akan dicurahkan agar kebajikan wanita, keluarga serta masyarakat sentiasa terbela,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang kembali diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata, beliau akan meneruskan tugasnya bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara lestari menjelang 2030.

“Alhamdulillah. Hari ini saya ke pejabat KASA untuk meneruskan kelangsungan tugasan demi melestarikan Malaysia menjelang tahun 2030.

“Sudah tentu pada kali ini terdapat beberapa fokus utama dan cabaran baharu yang akan diatasi. Namun, Insya-Allah, dengan semangat sepasukan saya optimis ia boleh dilaksanakan dengan baik.

“Pada sesi ini, saya akan bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air yang baharu, YB Dato’ Dr Mansor Othman untuk menerajui kementerian yang signifikan ini.

“Mohon doa daripada semua agar semua kerja yang dilakukan beroleh ibadah dengan taufik serta inayah daripada Allah SWT,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini sebentar tadi.

Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkata selepas Mesyuarat Kabinet secara atas talian pagi tadi, petang ini saya mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasca Kabinet KPLB bersama pengurusan tertinggi kementerian dan hibrid atas talian bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Ketua-ketua Agensi.

Beliau berkata antara topik perbincangan hari ini adalah mengenai perkara-perkara di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, petang ini juga saya telah diberikan taklimat untuk mendapatkan gambaran keseluruhan fungsi dan operasi kementerian.

“Saya juga akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan KPLB dan merangka strategi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar di seluruh Malaysia.

“InsyaAllah, Keluarga Malaysia di KPLB memberikan tekad dan iltizam untuk memastikan segala permasalahan masyarakat luar bandar dapat diperhalusi dan diselesaikan,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini

Datuk Seri Mahdzir Khalid bermesyuarat bersama pegawai tertinggi KPLB di hari pertama bertugas di Kementerian tersebut.

Turut berkongsi pengalaman di kementerian baharu ialah Datuk Seri Dr Adham Baba yang kini menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST) menggantikan tempat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang ditukarkan portfolio menjadi Menteri Kesihatan.

Dr Adham dalam perkongsiannya di media sosial berkata beliau di MOSTI kira-kira jam 8.30 pagi bagi memulakan tugas di kementeriannya hari ini.

“Memulakan tugas rasmi di pejabat jam 8:30 pagi  tadi. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula melahirkan rasa gembira kerana dapat memulakan tugas di hari pertamanya di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.

“Hari ini, 1 September 2021, merupakan permulaan perjalanan saya bersama keluarga besar KPKT dan tanggungjawab saya sendiri sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Insya Allah, saya dan barisan tertinggi KPKT termasuk Timbalan Menteri, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Muhammad Razman Abu Samah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Datuk Dr Mary Wong Lai Lin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) Datuk Azhar Ahmad, ketua jabatan serta seluruh keluarga besar KPKT akan terus komited menyempurnakan amanah yang diberi.

Datuk Seri Reezal Naina Merican memulakan tugas secara rasmi di KPKT hari ini.

“Saya bermohon ke hadrat Allah Taala agar perjalanan kami ini sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.