4 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut beliau, perkara tersebut telah mendapat kata sepakat dan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September lalu.
“Pelantikan ini dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara.
“Ia demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini
Dalam pada itu, Mohd Zuki yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan tersebut. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH