6 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kes positif harian COVID-19 di seluruh negara kini menurun kepada 17,352 kes berbanding semalam 20,396 kes.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kini muncul sebagai negeri mencatatkan kes tertinggi kes positif harian COVID-19 hari ini dengan 3,714, diikuti dengan Selangor (2,126) dan Johor (2,101).
Dr Noor Hisham berkata Sabah pula mencatatkan 1,844 kes, diikuti Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082).
Beliau berkata negeri yang mencatatkan angka kurang 1,000 kes ialah Terengganu (700); diikuti Pahang (463); Kuala Lumpur (398); Melaka (295); Negeri Sembilan (193); Perlis (38), Putrajaya (23) dan Labuan (5).