7 SEPT: Beberapa kawasan di Gaza yang didakwa menjadi kembali menjadi sasaran roket tentera rejim Zionis, di mana Khan Yunis sekali lagi diserang.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan tempat berkenaan digunakan Hamas untuk menghasilkan roket.
Ia juga menggunakan alasan, bagi membalas serangan belon yang diisi helium ke wilayah yang didudukinya sehingga menyebabkan kebakaran belukar.
Menerusi laporan TRT World, pengeboman itu mempunyai kaitan dengan tiga kebakaran di kawasan Israel pada pagi Isnin.
Ia juga dilakukan beberapa jam selepas rakyat Palestin yang dipenjara Zionis berjaya meloloskan diri melalui terowong dari penjara yang dikawal ketat.