nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU mampu jadi harapan baharu orang Melayu – Rosol

8 SEPT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu menjadi harapan baharu untuk membela nasib orang Melayu dan kaum Bumiputera pada masa depan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Rosol Wahid, berkata selepas dua tahun menyertai BERSATU beliau melihat parti berkenaan kini menjadi semakin kuat dan sentiasa bergerak ke arah lebih positif.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata suatu ketika dulu BERSATU hanya bergerak sebagai parti pembangkang atau parti nyamuk (parti kecil) tanpa haluan yang jelas.

Bagaimanapun, Rosol berkata keadaan itu mula berubah apabila BERSATU kini menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan oleh ahli dan penyokong parti berkenaan.

“Sekarang BERSATU menjadi satu kebanggaan sebagai ahli parti kerana Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menjadi Perdana Menteri kelapan.

ROSOL

“Malah, tiada siapa boleh mempertikaikan kemampuan Presiden BERSATU menguruskan negara semasa krisis COVID-19, sekali gus menunjukkan kecemerlangan Muhyiddin sebagai seorang pemimpin negara,” katanya ketika dihubungi wartawan portal berita PNBBC hari ini.

Mengulas lanjut, Rosol berkata kejayaan Presiden BERSATU mentadbir negara dengan baik semasa krisis pandemik COVID-19 juga secara tidak langsung menaikkan nama baik parti dan menjadikannya semakin dihormati rakyat di negara ini.

“Bagi saya perubahannya cukup membanggakan dan saya harap ia menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu khususnya untuk masa depan.

“Kenyakinan pengundi terhadap BERSATU juga lebih baik (berbanding semasa pilihan raya umum lalu) tetapi saya tidak berani nak kata parti ini bakal mendapat sokongan penuh rakyat kerana kemenangan pilihan raya bukan sahaja bergantung kepada faktor presiden parti semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kemenangan seseorang calon dalam pilihan raya turut bergantung kepada perkara lain seperti calon, siapa bakal menjadi lawan BERSATU dan reputasi parti dalam kalangan pengundi di kerusi berkenaan sendiri.

“Jadi masih banyak perkara ditambah baik oleh BERSATU bagi memastikan parti ini menjadi seperti kata pepatah Melayu iaitu ‘parti yang tak dilapuk dek hujan tak lekang dek panas’.”

Sementara itu, Rosol yakin beliau mampu mempertahankan kerusi Hulu Terengganu dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum ini biarkan dia menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang.  

“Pada saya insya-Allah tidak menjadi isu di Parlimen Hulu Terengganu kerana apa yang saya lakukan semasa dalam UMNO atau bersama BERSATU sekarang untuk pengundi di sini adalah sama sahaja.

“Saya sentiasa menjaga dan mengurus kebajikan penduduk Hulu Terengganu. Semasa saya dalam UMNO dulu pun saya sentiasa berkhidmat kepada penduduk Parlimen Hulu Terengganu termasuk penyokong PAS atas pagar dan orang parti…begitu juga sekarang,” katanya yang sudah empat penggal menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.