nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU ubah landskap politik negara, fokus masalah rakyat

9 SEPT: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengumumkan hala tuju parti dalam ucaptama yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook sempena ulang tahun ke-5 BERSATU, malam esok.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata walaupun tarikh sebenar ulang tahun ke-5 penubuhan BERSATU sebenarnya jatuh pada 8 September 2021 namun majlis sambutan rasmi akan diadakan malam esok.

Justeru, Wan Saiful berkata pihaknya ingin menjemput semua pihak termasuk wakil media dan rakyat Malaysia di luar sana untuk mendengar amanat dan ucaptama yang akan disampaikan oleh Presiden BERSATU, menerusi laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti, pada jam 9 malam esok.

“Tan Sri Muhyiddin dijangka menyampaikan amanat penting mengenai apa yang berlaku sepanjang sejarah lima tahun penubuhan dan hala tuju BERSATU pada masa depan.

“Ini adalah ucapan amat penting yang akan menggariskan perancangan, hala tuju dan apa yang mahu dilakukan BERSATU demi memastikan Malaysia kekal menjadi negara mempunyai integriti dan tadbir urus yang cekap, telus dan terus memerangi rasuah serta kleptokrasi,” katanya dalam sidang media sempena sambutan ulang tahun BERSATU ke-5 bertemakan tema sambutan ‘Demi Malaysia Kita Bersatu’ di pejabatnya hari ini.

Muhyiddin ketika menjadi PM ke-8 menumpukan fokus membantu kebajikan rakyat dengan pelbagai bantuan kewangan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata sepanjang lima tahun BERSATU ditubuhkan pelbagai ujian dan cabaran, pahit manis dalam perjuangan politik terpaksa ditempuhi parti berkenaan.

Beliau berkata antara cabaran besar dihadapi BERSATU adalah untuk mengubah landskap politik dan parti pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya kepada Perikatan Nasional (PN) serta kerajaan sekarang ini tanpa sebarang pertumpahan darah dan mencetuskan keadaan huru-hara.

“Tanpa BERSATU kerajaan terdahulu tidak akan berubah selepas PRU-14 lalu. Namun semasa bersama PH kita sedia maklum bahawa agenda mereka berbeza di mana kebanyakan parti besar PH membawa fahaman haluan kiri.

“Jadi amanah yang dipegang BERSATU bukan hanya untuk merubah landskap politik negara pada PRU-14 malah memastikan identiti teras dan agenda memperjuangkan kebajikan dan kepentingan bangsa Melayu/Bumiputera, agama Islam dan kemakmuran semua rakyat terus diperjuangan kerajaan ketika itu.

“Apabila kita melihat agenda PH berbeza, keutamaannya berbeza, bantuan yang rakyat minta dan harap untuk dapat bukan hanya tidak diberikan malah dipotong lagi maka BERSATU mengambil langkah berani dengan keluar daripada gabungan PH demi memastikan prinsip dan matlamat perjuangan kekal dan dapat dipertahankan,” katanya.

Biarpun berisiko hilang kuasa namun, Wan Saiful berkata BERSATU mengambil keputusan untuk keluar dari kerajaan PH demi memastikan prinsip dan matlamat penubuhan parti dapat diteruskan.

“Alhamdulillah, selepas itu kita berjaya membentuk sebuah kerajaan baharu dikenali sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menghadapi cabaran begitu besar akibat wabak COVID-19 sama ada dari segi kesihatan mahu pun ekonomi yang terpaksa dihadapi oleh rakyat.

“Bagaimanapun, BERSATU berjaya membuktikan kemampuan dengan fokus untuk menjaga kebajikan rakyat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kerajaan menghulurkan begitu banyak bantuan kewangan kepada rakyat.

“Waktu pembangkang sibuk berpolitik, kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus membantu rakyat dan kita tidak pernah lupa dengan fokus kepada masalah kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.