10 OGOS: Pengambilan khas guru secara one-off oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan lebih 500,000 permohonan diterima.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, temuduga untuk pengambilan cikgu itu akan dijalankan bermula minggu depan.
“Kumpulan pertama calon yang ditemuduga adalah mereka yang mempunyai diploma atau sijil pendidikan.
“Selain saringan melalui komputer, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga menghabiskan masa yang panjang untuk memeriksa setiap permohonan.” katanya kepada Sinchew Daily, hari ini.
Dalam pada itu, Hang Soon memaklumkan, selepas temuduga dengan calon yang mempunyai kelayakan diploma pendidikan, pusingan seterusnya adalah membabitkan mereka yang tidak memiliki kelulusan dalam bidang pendidikan.
“Golongan tersebut akan diambil sebagai cikgu secara berkontrak dan perlu menyertai kursus pendidikan selama setahun hingga setahun setengah sebelum diambil sebagai cikgu biasa,” katanya.