11 SEPT : Angka jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini menurun di bawah paras 20,000 di mana sebanyak 19,550 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,960,500 kes.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus kekal sebagai penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 3,743 kes, diikuti Selangor sebanyak 2,416 kes dan Johor sebanyak 2,282 kes.
Manakala negeri-negeri yang mencatatkan kes harian melebih angka 1,000 pula ialah Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.
Tiga negeri yang mencatatkan angka terendah jangkitan baharu ialah Perlis sebanyak 73 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 24 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 2 kes.