13 SEPT: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melantik Hizzan Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu untuk cabang hartanahnya, KWEST Sdn Bhd (KWEST), berkuat kuasa 1 September lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWAP berkata Hizzan sebelum ini ialah Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan Gamuda Land, yang berpengalaman dalam menguruskan perolehan tanah dan hartanah komersial.
“Kerjaya profesionalnya di bidang hartanah selama 14 tahun dalam pengambilalihan tempatan dan antarabangsa, serta memudahcara usaha sama antara syarikat pembangunan hartanah terkemuka dan organisasi berkaitan kerajaan,” katanya.
Hizzan menggantikan bekas CEO KWEST, Sufian Abdullah.
Ditubuhkan pada tahun 2017, KWEST adalah anak syarikat milik penuh KWAP dan adalah platform pelaburan tujuan khas untuk pembangunan harta tanah.
Projek utama KWEST termasuk Seri Tanjung Pinang 2 Fasa 2A (STP2A) dan Kompas @ KSL.