nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Korea Selatan denda Google RM747 juta

14 SEPT: Google didenda hampir AS$180 juta (RM747 juta) hari ini atas dakwaan menyalahgunakan penguasaan sistem operasi mudah alih dan pasaran aplikasi.

Denda yang dikenakan pihak berkuasa Korea Selatan itu sebagai salah satu langkah kawal selia yang dilaksanakan terhadap syarikat gergasi teknologi global berkenaan.

Ia dikenakan beberapa minggu selepas Korea Selatan meluluskan undang-undang mengharamkan pengendali aplikasi utama seperti Google dan Apple memaksa pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran mereka.

Ia sekali gus menyekat monopoli Play Store dan App Store daripada memperoleh untung secara tidak sah.

Minggu lalu juga, hakim Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Apple untuk mengurangkan kawalan mereka terhadap sistem pembayaran App Store dalam ketegangan antimonopoli dengan syarikat Fortnite Epic Games.

Google dan Apple mendominasi pasaran aplikasi di Korea Selatan, yang juga negara ekonomi ke-12 terbesar dunia serta dikenali kerana kehebatan teknologinya.

Suruhanjaya Perdagangan Adil Korea (KFTC) menyiasat Google sejak 2016 lagi kerana didakwa menghalang pembuat telefon pintar tempatan seperti Samsung Electronics, dalam penyesuaian Android OS.

Google didakwa menyekat persaingan pasaran melalui ‘perjanjian antifragmentasi’ yang menghalang pembuat telefon pintar memasang versi Android diubah suai pada peranti mereka.

“Justeru, pembuat telefon pintar tidak mampu melancarkan produk yang inovatif dengan perkhidmatan baharu.

“Akibatnya, Google dapat memperkukuhkan lagi dominasi pasarannya di pasaran telefon mudah alih OS,” katanya.

Ia mendenda Google sebanyak 207.4 bilion won (RM733.8 juta) dan memerintahkan syarikat gergasi itu melaksanakan langkah pembetulan.

Google dilapor menyatakan bahawa komisen dari Play Store yang dikenakan adalah mengikut standard dalam industri dan ia adil untuk membina pasaran yang selamat supaya pengendali mampu menjangkau ke seluruh dunia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.