nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan besar mampu rapatkan jurang di Sarawak, Sabah

17 SEPT: Peruntukan sebanyak RM4.66 bilion bagi Sabah serta RM4.47 bilion bagi Sarawak menerusi peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) mampu merapatkan pelbagai jurang di kedua-dua negeri tersebut.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof menyambut baik peruntukan besar yang diberikan Kerajaan Persekutuan namun ia perlu dilaksanakan dengan segera selepas peruntukan pembangunan tersebut dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

“Peruntukan yang besar namun kalau pelaksanaannya tidak sampai ke bawah, ianya tidak akan bermakna serta tindakan segera di samping tumpuan perlu agar ia dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Kita amat menghargai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memahami kerajaan negeri Sarawak dan Sabah yang memerlukan peruntukan besar bagi merapatkan jurang yang bukan sahaja dari segi pembangunan infrastruktur namun jurang komunikasi dan kemiskinan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

FADILLAH

“Jadi, peruntukan itu dapat merapatkan jurang kemiskinan, jurang pembangunan, jurang infrastruktur dari segi komunikasi dan sebagainya. Peruntukan JENDELA yang begitu besar juga diharapkan dalam tempoh dua tahun dapat menyelesaikan dan mengurangkan jurang ini,” katanya kepada PNBBC Portal, ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri semalam mengumumkan peruntukan pembangunan itu adalah antara yang tertinggi berbanding negeri lain. Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu berkata, Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam MA63 yang  akan terus diperhalusi melalui rundingan dalam Majlis Khas MA63.

Tambahnya, jaminan itu membuktikan kerajaan komited memberi perhatian terhadap isu berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya memberitahu bahawa rundingan menerusi Majlis Khas MA63 itu akan dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap pelbagai isu berbangkit yang berkaitan dengan kepentingan Sarawak dan Sabah dan perlu diselesaikan dengan lebih segera.

“Perkara ini sebahagian komitmen apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Salah satu ialah ada peruntukan khusus dan untuk memberi pembangunan kepada Sarawak dan Sabah itu sendiri.

“Jadi, sebab itu sebahagian daripada tuntutan kita (Sarawak) di bawah MA63 itu ialah untuk melaksanakan apa sahaja yang telah dipersetujui di bawah cadangan Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian MA63. Diharapkan ia akan dilaksanakan seperti yang dihasratkan dan diinspirasikan oleh Perdana Menteri,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.