nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB Pertimbang Permohonan Tukar Getah Ke Sawit

18 SEPT: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mempertimbangkan permintaan 360 pekebun kecil getah di Felda Lubuk Merbau, Kedah untuk menukar tanaman asal dari getah ke kelapa sawit ketika melakukan penanaman semula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, permohonan tersebut akan diperhalusi kerana ianya turut melibatkan dasar kementerian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda). 

“Antara faktor permohonan untuk menukar tanaman getah ke kelapa sawit adalah kerana perbandingan harga antara kedua-dua komoditi tersebut yang menyaksikan harga kelapa sawit lebih tinggi daripada getah. 

“Keduanya faktor tenaga kerja sebab kalau hendak menoreh, perlu ada pekerja tetap. Kalau tak hujan, memang nak kena menoreh getah hari-hari, tapi kalau kelapa sawit tu maknanya bukan hari-hari, itu bezanya. 

MAHDZIR

“Permohonan untuk penanaman semula ini sebenarnya sudah dibuat lama tetapi ‘sangkut’ di zaman Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Jadi selepas ini insya-Allah kita akan laksanakan semula untuk mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas diberikan taklimat mengenai program tanam semula di Dewan Mesyuarat Pusat Pentadbiran Komuniti Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah, hari ini. 

Turut hadir sama, Pengarah Risda Kedah, M. Azmi Mohd, Pengarah Wilayah Felda Alor Setar, Wan Zamri Wan Yusuf serta Pengurus Felda Lubuk Merbau, Mohd. Nordin Abd. Rahman. 

Dalam pada itu, Mahdzir memaklumkan, jumlah tanah Felda yang terlibat dalam permohonan penukaran tanaman dari getah ke kelapa sawit itu, berkeluasan hampir 402 hektar. 

Pada masa sama, beliau menjelaskan terdapat juga permohonan dari 56 peneroka untuk melakukan penanaman semula kelapa sawit di atas tanah seluas kira-kira 183 hektar.

“Semua tanaman semula itu yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun depan, merupakan program untuk fasa satu manakala untuk program tanaman semula fasa kedua pula, ia akan dilaksanakan pada 2023 melibatkan 231 peneroka. 

“Fasa kedua itu membabitkan keluasan ladang hampir 754 hektar. Pihak peneroka juga membuat permohonan untuk bantuan sara hidup bagi tempoh proses penanaman semula komoditi itu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.