18 SEPT: Program taklimat sistem pendaftaran keahlian dalam talian mampu menjadikan pentadbir di peringkat bahagian lebih mahir serta cekap menguruskan pendaftaran ahli-ahli baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Taklimat ini disertai oleh semua Setiausaha Bahagian (PSU), PSU Srikandi Bahagian dan PSU Armada Bahagian BERSATU yang telah dianjurkan selama tiga hari.
Program yang dianjurkan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke program taklimat tersebut dan penyerahan dokumen persidangan tahunan.
“Insya-Allah, dengan taklimat yang diberikan, pihak pentadbir di peringkat bahagian akan lebih mahir serta cekap dalam menguruskan pendaftaran ahli-ahli baharu pada masa hadapan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan dan menyertai taklimat sepanjang tiga hari ini.
“Kehadiran anda semua membuktikan kesediaan para pemimpin BERSATU di peringkat akar umbi untuk kekal istiqamah berkhidmat demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya.