nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kemensah Heights: Bersedia Hadapi Situasi Lebih Buruk

18 SEPT: Penghuni 27 kediaman yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, Kuala Lumpur diingatkan agar bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya situasi lebih buruk sekiranya hujan berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, ini kerana pergerakan tanah dikesan masih berlaku meskipun ketika cuaca kering dan dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih buruk jika hujan berterusan.

“Saya lihat sendiri kesan runtuhan dan ia masih berlaku. Jadi, tidak boleh pandang ringan kerana jika hujan berlarutan, ia mungkin mempunyai kesan lebih teruk. 

“Paling penting utamakan keselamatan nyawa dan beri amaran kepada penduduk setempat supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Abdul Latiff turun padang melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Kemensah Height.

“Walaupun ketika tidak hujan, pergerakan tanah masih berlaku. Lebih baik jangkakan keadaan lebih buruk daripada memberi harapan yang salah kepada masyarakat di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian tersebut hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Abdul Latiff memaklumkan, kerja-kerja awal pembersihan runtuhan tanah yang berlaku di Kemensah Heights di Ampang semalam telah selesai dilakukan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Gombak petang tadi.

Beliau berkata, kerja-kerja terbabit termasuk memastikan aliran sungai kembali lancar selepas mengakibatkan mendapan di kawasan terbabit.

“Aliran sungai yang sebelum ini telah terhalang laluannya akibat tanah dalam kejadian semalam kini kembali lancar biar pun hujan lebat turun petang tadi.

“JPS yang turun berjaya membuat kerja-kerja pembersihan sungai dengan pantas mengelak sebarang insiden buruk seperti banjir di kawasan runtuhan itu.

“Dalam masa sama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya turut memulakan kerja-kerja pemasangan kain kanvas sebagai sebahagian usaha menghalang air hujan terus mengenai bahagian tanah runtuhan ini,” katanya. 

Tambah beliau, bencana ini kena dikaji secara saintifik dan berdasarkan data kerana runtuhan masih berlaku namun apa paling penting, tindakan segera telah pun diambil. 

Dalam kejadian semalam, insiden tanah runtuh di kawasan tersebut berlaku pada jam 9.33 malam menyebabkan semua penduduk terlibat diarah mengosongkan kediaman mereka.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk melengkapkan kajian dan laporan teknikal keadaan tanah di situ.

Katanya, langkah segera yang diambil adalah memasang besi penghadang untuk menghentikan pergerakan tanah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.