nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3.2 juta pelajar bakal terima vaksin menerusi PICK-Remaja

20 SEPT : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 3.2 juta remaja berumur 12 hingga 17 tahun untuk menerima vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan program adalah untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.

Menurut beliau,PICK-Remaja adalah amat penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada bulan Oktober nanti khususnya pelajar tingkatan empat dan lima.

“Sehingga 15 September, kelulusan pemberian vaksin COVID-19 adalah bagi remaja yang berumur 16 hingga 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam.

“Seterusnya, remaja 12 tahun hingga 15 tahun bersekolah, remaja 12 hingga 17 tahun yang berada dalam institusi perlindungan, pemulihan dan tahanan, remaja daripada kumpulan rentan seperti remaja gelandangan, pelarian dan bukan warganegara berusia 12 hingga 17 tahun.

PICK-Remaja sasarkan 80 peratus remaja divaksin sebelum pembukaan sekolah tahun depan.

“CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) telah memberikan kelulusan pelaksanaan PICK-Remaja kepada Sarawak pada 8 September 2021 dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September 2021 oleh kerana liputan imunisasi Covid-19 dalam kalangan dewasa di kedua-dua negeri tersebut telah mencapai 80 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan PICK-Remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September 2021 kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pendalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar (outreach).

Beliau berkata, seramai 85,076 remaja telah diberikan dos pertama vaksin Covid-19 di negeri-negeri tersebut sehingga 16 September lalu

“Pelaksanaan PICK Remaja adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF-A) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang telah bertanggungjawab dalam penetapan dasar dan penyelarasan pelan vaksinasi remaja.

“Keanggotaan CITF-A melibatkan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal remaja seperti pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan.

“KKM mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin serta seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas kerjasama dan kesungguhan melaksanakan PICK-Remaja, di samping semua agensi, petugas dan pelaksana dalam memastikan program PICK-Remaja berjalan lancar,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.