22 SEPT : Bintang filem Filipina, Isko Moreno, mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Filipina dalam pilihan raya negara itu yang akan diadakan tahun depan.
Moreno akan mendedahkan platformnya tidak lama lagi dan berikrar akan memperluas tindak balas pandemik dan projek kepada penduduk miskin di ibu negara itu ke peringkat nasional.
Pengumuman Moreno, 46, itu menjadi cabaran terbesar terhadap rancangan Rodrigo Duterte yang mahu mengekalkan kuasa.
Moreno yang kini merupakan Datuk Bandar Manila memilih seorang pakar kardiologi, Willie Ong sebagai calon pasangannya dalam pilihanraya itu nanti.
Selain itu, beliau juga mahu melantik pegawai di luar lingkungannya serta menggalakkan golongan milenium untuk menyertai ‘sebuah kerajaan rekonsiliasi nasional’.
“Tiada tongkat ajaib yang akan menghilangkan masalah kita, sebaliknya ia hanya boleh diatasi dengan kerja keras.
“Perjalanan ke arah pemulihan adalah sukar dan panjang, dengan cabaran yang kompleks. katanya ketika mengumumkan perkara itu.
Pengumuman Moreno itu menjadi cabaran terbesar terhadap rancangan Rodrigo Duterte yang mahu mengekalkan kuasa.