24 SEPT: Sebanyak 116 kematian COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini seramai 24,681 orang.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) di Github itu menunjukkan angka kematian terendah sejak 25 Julai lalu.
Daripada jumlah kematian itu, 25 peratus atau 29 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Selangor mencatatkan bilangan kematian baharu tertinggi iaitu 33 kes, Pulau Pinang (20), Kuala Lumpur (17), Sarawak (14), Kelantan (10), Sabah (8), Melaka (7), Perak (6) dan Kedah (1).
Tiada kematian baharu dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.