5 OKT: Sebanyak 88 peratus atau 20,603,249 individu populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksin setakat semalam.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja pula, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573, 891 dos.
Sementara itu, 76 kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan pada menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,759.
Bilangan kes sembuh setakat semalam ialah 15,456 menjadikan keseluruhan yang sembuh 2,116,021.