nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fasa 1 MRT Putrajaya dijangka dibuka November

5 OKT: Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dari stesen Kwasa Damansara ke Kampung Batu sudah siap 99.9 peratus dan dijangka dibuka November ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Fasa 2 MRT Laluan Putrajaya juga berjalan lancar, dengan tahap kemajuan keseluruhan pada 93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023.

“Apabila Fasa Satu bermula, rangkaian pengangkutan awam rel Lembah Klang akan diperluas dengan sembilan buah stesen baharu seterusnya meningkatkan liputan ke kawasan baharu seperti Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kepong, Jinjang dan Kampung Batu.

“Pembangunan ini akan menjadikan Pelan Pembangunan Rel Bandar menjadi tonggak sejarah yang antara lain dapat meningkatkan taraf pengangkutan dan kehidupan penduduk di Lembah Klang.

“Pembinaan Laluan MRT Putrajaya ini tepat pada masanya kerana ia menjadi pemangkin penting dalam pemulihan ekonomi negara. Ia membolehkan ramai pekerja dapat kembali bekerja dan kembali menjalani kehidupan normal sebagai satu Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Kenyataan itu sempena lawatan beliau untuk memeriksa kerja-kerja bawah tanah MRT Laluan Putrajaya.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Ka Siong berkata, dalam pada negara bergerak ke arah pemulihan, keselamatan penumpang mesti menjadi keutamaan dan semua prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi.

Katanya, Kementerian Pengangkutan akan memastikan bahawa semua pengendali pengangkutan awam akan menjamin semua SOP dipatuhi dengan sepenuhnya, supaya keselamatan pengguna dapat dijamin.

“Kemajuan MRT Putrajaya ini wajar dipuji kerana walaupun berdepan waktu sukar akibat COVID-19 sehingga melumpuhkan aktiviti ekonomi, namun kontraktor dan subkontraktor dapat mengharungi rintangan dengan menyelesaikan kerja-kerja pembinaan sivil dan sistem, dan dalam masa yang sama mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas langkah-langkah yang diambil dalam memastikan keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina,” katanya.

Seksyen bawah tanah MRT Laluan Putrajaya sepanjang 13.5 kilometer mempunyai sembilan stesen.

Kerja-kerja terowong bagi seksyen berkenaan disiapkan pada 11 Oktober tahun lalu.

Sebanyak 12 mesin pengorek terowong digunakan untuk membina terowong di bahagian terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.