nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis masih siasat kes tembak anggota TUDM

6 OKT: Kes tembakan di pondok pengawal Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan yang mengorbankan empat anggotanya pada 13 Ogos lalu masih dalam siasatan polis.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya wujud elemen jenayah dan punca sebenar insiden itu.

“Siasatan oleh pihak TUDM juga turut dibuat berkaitan aspek pentadbiran, prosedur operasi standard (SOP), isu kebajikan dan sebagainya.

“Malah, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, sendiri sudah mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia berkenaan di Pangkalan TUDM, Kuching, Sarawak, pada 13 Ogos lalu.

IKMAL HISHAM

“Dalam pertemuan itu, Panglima TUDM menyampaikan pelbagai sumbangan awal seperti perbelanjaan pengebumian dan kematian dari Tabung Kebajikan TUDM serta sumbangan tabung tanggungan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen GPS-Kota Samarahan, Rubiah Wang yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan apakah pampasan yang diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Pondok Pengawal Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan, Sarawak, pada 13 Ogos 2021.

Rubiah juga bertanya mengenai tindakan daripada pihak Kerajaan dalam memastikan tahap kesihatan mental dalam kalangan anggota dan pegawai tentera dalam keadaan baik sekiranya itulah punca insiden ini.

Mengulas lanjut, Ikhmal Hisham berkata Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas ATM juga sudah selesai memproses dokumentasi bayaran ganjaran dan pencen terbitan, faedah cuti gantian rehat membabitkan tanggungan keempat-empat anggota TUDM terbabit.

Berikutan itu, Ikhmal Hisham berkata pembayaran kepada semua Orang Tanggungan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) pada penghujung bulan September 2021.

“Bagaimanapun, pembayaran Pencen Orang Tanggungan dan Ex-Gratia Orang Tanggungan adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Penentuan Sebab oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan laporan akhir siasatan PDRM,” katanya.

Beliau berkata pihak Skuadron 330, Kota Samarahan juga sedang bekerjasama dengan pihak Koperasi Tentera dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengenai semakan kelayakan pembayaran kepada ahli keluarga melibatkan caruman dan simpanan yang telah dibuat oleh semua anggota TUDM berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka.

Menjawab soalan kedua, Ikhmal Hisham berkata kementerian juga akan memastikan tahap kesihatan mental yang baik dari kalangan anggota, TUDM mempunyai mekanisme dalam memantau tahap kesihatan mental anggota supaya berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.