7 OKT: Sebanyak 88.8 peratus atau 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap vaksin COVID-19 setakat semalam.
Kini tinggal 1.2 peratus sahaja untuk mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin sebelum rentas negeri dibenarkan.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 129,152 atau 4.1 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Selain itu, sebanyak 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Februari lepas meningkat kepada 45,007,832 dos.