12 OKT : Pembentangan usul untuk membatalkan Ordinan Darurat dijadualkan semula pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan pembentang usul tersebut.
“Ia bagi membolehkan bagi memberi banyak masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen sebelum diluluskan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Terdahulu, ketika persidangan di Dewan Rakyat, Wan Junaidi memohon penangguhan usul tersebut kerana hanya mempunyai satu jam untuk membahaskannya.
“Saya minta Speaker menangguhkan usul ini agar mempunyai lebih masa untuk berbahas,” katanya.