12 OKT: Hampir 120,000 penduduk dipindahkan dan 17,000 kediaman musnah dalam kejadian banjir di wilayah Shanxi di utara China.
Hujan lebat sejak seminggu lalu itu turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan sebahagian rumah di kawasan itu rosak teruk sekali gus menjejaskan kehidupan hampir 1.76 juta penduduk.
Pihak Berkuasa China memberitahu, hujan lebat menyukarkan lagi operasi pencarian dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Bencana itu berlaku kurang tiga bulan selepas wilayah Henan dilanda banjir besar sehingga menyebabkan hampir 300 orang maut dalam kejadian itu.
Pentadbiran Meteorologi China memaklumkan media tempatan, hujan lebat dengan angin kuat dijangka berterusan sehingga beberapa hari akan datang.
Kejadian banjir itu turut mengorbankan empat anggota polis.
Pihak Berkuasa China mengklasifikasikan banjir di wilayah Shanxi ini lebih teruk berbanding di Henan.