12 OKT : Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 tanpa sebarang pindaan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu menerusi undi suara menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas bacaan kali ketiga, sebentar tadi.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, RUU tersebut dicadangkan bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 di samping meminda peruntukan sedia ada Akta 592 dan mewujudkan peruntukan baharu
Beliau berkata, ini bagi menambah baik pentadbiran levi luar biasa melalui peruntukan remisi dan pulang balik levi serta penaliti yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang membayar cukai tersebut.
“RUU ini mempunyai empat fasal iaitu pertama tajuk ringkas serta tarikh permulaan akta dicadangkan. Kedua adalah gantian Seksyen 13 bagi memberi kuasa kepada menteri limitkan keseluruhan atau bahagian levi keuntungan luar biasa di samping memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kasam melimitkan keseluruhan atau bahagian penaliti yang kena bayar.
“Selain itu, ini juga bertunjuan mengantikan seksyen 14 untuk membenarkan mereka terlebih atau tersilap bayar apa-apa levi luar biasa atau penalti atau mana-mana orang berhak bayaran balik levi di bawah Seksyen 13 bagi tempoh setahun masa pembayaran lebih atau tersilap pembayaran.
“Akta itu juga memberi kuasa kepada ketua Pengarah Kastam untuk kurang atau tolak pembayaran balik dan keempat bertujuan memasukan Seksyen baharu iaitu 14 a dalam Akta 592 yang memperuntukan Ketua Pengarah Kastam boleh bayar balik levi atau penalti jika berpuas hati orang yang membuat tuntutan mempunyai sokongan dan bukti seperti dikehendaki,”katanya.
Dalam pada itu, menyentuh isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PH Kepong, Lim Lip Eng yang mencadangkan syarikat yang meraih keuntungan tinggi secara konsisten perlu dipertimbang untuk dikenakan levi keuntungan luar biasa oleh kerajaan, Mohd Shahar memaklumkan kerajaan masih menggunakan banjaran sebanyak 30 peratus kepada pemilik syarikat berkenaan perkara itu.
Namun, beliau memaklumkan keuntungan levi luar biasa pada permulaannya tidak diunjurkan oleh kerajaan namun hasil semakan pada tahun ini, Kementerian Kewangan telah mengujurkan sebanyak RM900 juta walaupun unjuran itu tidak besar berbanding cukai-cukai lain yang ada.
“Cukai pendapatan syarikat dan individu sudah pastinya individu memiliki syarikat kita cukaikan kepada mereka dengan anjaran yang tinggi iaitu 30 peratus.
“Walaupun dua tahun lepas hanyalah 28 peratus namun disebabkan ada keperluan ditingkatkan kepada 30 peratus terhadap individu cukainya melebihi banjaran tertinggi.
“Kebanyakan pemilik syarikat telah kita lakukan imbangan dan langkah-langkah terhadap cukai.
“Kementerian Kewangan mengambil maklum dan mempertimbangkan secara teliti berkenaan perkara ini (tingkatkan lagi banjaran cukai terhadap syarikat dan individu),” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH.